Wednesday, March 13, 2013

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat ini diperturunkan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.


PERTAMA

Kami namakan dan kami panggil akan dia tanah yang kamu pijak, langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali sebagai Malaysia)

KEDUA

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum-kaum lain.

KETIGA

Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu Diraja untuk membanteras ancaman di dalam negara dan ancaman dari luar.

KEEMPAT

Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedalatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.

KELIMA

Kami isytiharkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

KEENAM

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu

KETUJUH

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa kaum-kaum di Sabah dan Sarawak)

No comments:

Post a Comment