Sunday, March 10, 2013

Aku, Kau dan Cinta

Terdetik sukma hati yang kadang kala berbisik pabila berjumpa seseorang yang mengetuk pintu hati secara tiba-tiba. Ah hamba dah dipaliti cinta yang sering di dramakan mahupun dizahirkan oleh novelis yang jiwang karat dalam novel-novel tulisan mereka. Terfikir juga adakah kau pemilik rusuk hamba yang hilang. Rusuk yang kisahnya diambil oleh Allah S.W.T untuk mencipta Hawa bagi menjadi peneman buat sang sunyi Adam di dalam syurga. Bukan hamba mahu menafikan kewujudan kau, tapi kaulah yang sering buat malam hamba tak lena tanpa menbayangkan tentang wajahmu, alis matamu, senyum manismu. Uissshhhh seringkali  tak ketahuan pabila melihat wajahmu tika tersenyum gembira. Hamba bukanlah peminat setia novelis-novelis cinta, hanya kadang kala ambil sebagai pengetahuan agar nanti tidaklah telopong luas mulut tika mereka-mereka bercerita tentang cinta novel ini.

Hamba kembali tersedar pautan memori hamba terhadap kamu semakin hari semakin kuat. KENAPA ?. Betulkan ini yang pernah dilalui oleh sahabat-sahabat yang pernah terbuai dalam alam ini. Kadangkala perit, kadangkala manis, kadangkala masin, kadangkala secukup rasa. Hurmm, semakin hari semakin rapat semakin dekat hamba rasakan cintamu datang, sehangat fajar di dinihari, selembut bayu laut di malam yang tenang. YA, hamba dapat rasakan gerakan cintamu dalam hati hamba yang mula meresapi sedikit demi sedikit dalam setiap detik dan tika. Senyuman hamba semakin berisi semakin bererti dengan adamu disisi selalu dan terus ada sepanjang masa. Hamba berdoa agar kau menyempurnakan kekurangan hamba, melengkapkan keistimewaan sifat hamba. Hisablah hitunglah seberat mana cinta ini itu lah ada kamu.


tertulis bukan menulis,
terkata bukan berbicara,
terasa bukan merasa,
terpaksa bukan memaksa,
hadirlah menyenjukkan yang panas,
hadirlah melengkapi yang terkurang,
andai esok ada lagi,
pasti ada hari untuk cinta,
datanglah wahai cinta datanglah,
bukan ku usir tapi ku jemput,
datang memberi sinar,
memberi bahagia,
dalam sinaran pagi selembut embun dinihari.

No comments:

Post a Comment