Thursday, March 7, 2013

Hang Jebat Sang Penderhaka atau Sang Pejuang?


Pernahkan anda terfikir tentang semua itu. Pernahkan anda terfikir ini antara momokkan penjajah yang mahu lihat kita menyalahkan antara satu dengan yang lain. Ah itu pemikiran kolot, orang dah salah tetap salah juga. semua dah ada dalam sejarah tak leh ubah daa. YA betul itu, tapi adakah kita dari zaman itu untuk menhakimi perkara ini. TIDAK. Bukan penulis nak menyalahkan dan menidakkan segala tulisan Tun Sri Lanang dalam nukilan beliau yang masyhur Sejarah Melayu.

Penulis kadang kala terfikir bagaimana seseorang yang amat berjasa dengan sekelip mata dipersalahkan atas sebab yang munasabah dan sepatutnya dia bangkit menentang. Sayang, tiada yang tergerak hati terbuka bicara meniti titi mengharung sumur untuk membuka pekung keadaan sebenar. Banyak buku dan nukilan sejarah kita berada diluar dari negara kita. berabad lamanya kita dijajah, dah berapa juta naskah nukilan sejarah melayu DIJUAL. Jangan sampai orang lain lebih tahu sejarah negara dari kita.

Hang Jebat merupakan satu kisah yang wajar diteladani kerana ia adalah kisah saudara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan saudaranya yang dianiayai oleh "orang dalam" yang sangat cemburu dan gila !. Adakah benar Jebat menderhaka ? adakah Jebat dibunuh Tuah? adakah Jebat segila itu?. Penulis kata TIDAK. Masakan tidak, mana mungkin melayu derhaka sultan. Mana mungkin melayu begitu lantang sehingga mahu membunuh sultan. Penulis tidak percaya kerana MELAYU penuh degan adat kesopanan kesusilaan. Adakah hanya cerita yang dibuat-buat penjajah kerana ingin melaga-lagakan dan meipu orang-orang melayu tentang sejarah mereka sendiri. Apa yang mereka dapat jika mereka menipu sejarah melayu.

Ini kerana mereka tidak mahu melayu BANGKIT dari tidur. Mereka tidak mahu melayu TUNTUT  hak mereka. Mereka tidak mahu MELAYU maju. Jika kita kenal sejarah silam kita, kita akan pelajari dimana kesilapan masa lalu dan cuba untuk perbaikinya.
MAAF kiranya apa yang ditulis ini tidak benar, tapi ini yang penulis rasakan, penulis fikirkan. Banyak yang perlu dibincangkan, adakah masa menentu segalanya.Kita tunggu dan lihat.
sekian Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment