Sesungguhnya senyummu pengubatku,
Bicaramu hiburanku,
Segala tawamu dendanganku,
Kupohon kemaafan andai segala silapku,
Yang mengangu tawa dan ceriamu.
kesumakesumiDotCom
Walau dalamnya tiada biar asalnya mengerti, Walau senyuman manis bukan bermimpi, Nanti berada dalam sepi, Biar tersenyum dalam erti, Nanti hidup tiada sepi,
Monday, July 29, 2013
Tuesday, April 30, 2013
Surat Cinta Untuk Dia
kehadapan yang bernama di hati..
petikan dari kamar hati yang selama ini membisu dari beribu kata dan membuta dari sejuta pandangan dari dunia yang cukup indah untuk didiami oleh pencinta yang seringkali menghamba diri kepadaMu. Pengampunan dipohon dari segenap sudut diri ini keatas kepelbagaian silap yang dilakukan di dalam sedar, separa sedar, mahupun dalam keadaan yang tak sedar. Syukur ke hadrat illahi kerana memberi peluang untuk mempertemukan dua hati kita yang pernah bertaut mahupun dalam hanya seketika waktu sahaja. Rasa cinta yang mungkin tak pernah terpadam kepadanya dan kepadaMu. Hanya yang Satu sahaja memgerti betapa perlunya kau disisi kini. Segalanya telah ditakdirkan buat kita sejak dari azali wujudnya kita dalam duniwai yang Satu ini. Bertuah ku rasakan kerna bertemu denganmu yang benyak membuka mata tentang bagaimana hukum alam sebenarnya. Seringkali mendengar kata pujanggan "kadangkala kita diatas dan begitulah sebaliknya" akan tetapi tak pernah merasainya. Hari ini fahamilah aku prosa yang tersingkap dari kata itu. Maafkan lah sekiranya ada salah dalam perbuatan mahupun dalam segala niat kerana bukan sengaja dimahukan perlakuan begitu. Mungkin banyak kurangnya yang tak mungkin bisa ditampal dengan jahitan yang renggang dalam perhubungan ini. Masih jauh lagi perjalanan hidup yang perlbagai lagi jurang yang perlu ditempuhi.
Andai tiada lagi aku disini, iringilah jasadku dengan doa. Walau jasad ku jauh di dalam bumi, namun aku ada bersamamu sepanjang masa in shaa allah..

Saturday, April 20, 2013
Life is So Beautiful
Sahabat ingatlah,
Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bukan akan sentiasa mekar, mentari akan sentiasa bersinar, akan tetapi ketahuilah bahawa Dia kan senantiasa memberikan pelangi pasa setiap badai, senyuman disebalik linangan air mata, berkat dalam setiap doa, dan jawapan disebalik setiap soalan
Jangan pernah menyerah wahai sahabat ..
Teruskan perjuangan sucimu ..
ingatlah
Life is So Beautiful
-credit to Muhammad Afiq bin Asror-

Friday, March 22, 2013
PadaMu Tuhan
KepadaNya,
Aku berserah segalanya,
Jiwa raga luar dan dalamnya,
Apa jua yang bakal aku berdepan dalam nyata,
Yang akan mengukir masa hadapan,

KeatasNya,
Aku terus memanjatkan segala doa,
Menadah tangan mengadu domba,
Memohon ampun meminta pertolongan,
Menjadi hamba cita yang Agung.
Aku terus memanjatkan segala doa,
Menadah tangan mengadu domba,
Memohon ampun meminta pertolongan,
Menjadi hamba cita yang Agung.
UntukNya,
Aku rela berkorban segalanya,
Aku rela berkorban segalanya,
Rela berjuang atas namaNya,
Pertahankan Mu jua mengangkatMu,
Menjadi cinta segala agung,
Menjadi cinta segala agung,
Memohon,
Segalanya untuk hidupku,
Dimasa terang dimasa kelamku,
Allah kau Tuhanku,
Hanya Kau yang Satu,
Hanya Kau yang Satu,
Terus ada didalam hatiku.
Wednesday, March 13, 2013
Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu
Wasiat ini diperturunkan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
PERTAMA
Kami namakan dan kami panggil akan dia tanah yang kamu pijak, langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali sebagai Malaysia)
KEDUA
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum-kaum lain.
KETIGA
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu Diraja untuk membanteras ancaman di dalam negara dan ancaman dari luar.
KEEMPAT
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedalatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.
KELIMA
Kami isytiharkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
KEENAM
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu
KETUJUH
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa kaum-kaum di Sabah dan Sarawak)

Sunday, March 10, 2013
Aku, Kau dan Cinta
Terdetik sukma hati yang kadang kala berbisik pabila berjumpa seseorang yang mengetuk pintu hati secara tiba-tiba. Ah hamba dah dipaliti cinta yang sering di dramakan mahupun dizahirkan oleh novelis yang jiwang karat dalam novel-novel tulisan mereka. Terfikir juga adakah kau pemilik rusuk hamba yang hilang. Rusuk yang kisahnya diambil oleh Allah S.W.T untuk mencipta Hawa bagi menjadi peneman buat sang sunyi Adam di dalam syurga. Bukan hamba mahu menafikan kewujudan kau, tapi kaulah yang sering buat malam hamba tak lena tanpa menbayangkan tentang wajahmu, alis matamu, senyum manismu. Uissshhhh seringkali tak ketahuan pabila melihat wajahmu tika tersenyum gembira. Hamba bukanlah peminat setia novelis-novelis cinta, hanya kadang kala ambil sebagai pengetahuan agar nanti tidaklah telopong luas mulut tika mereka-mereka bercerita tentang cinta novel ini.
Hamba kembali tersedar pautan memori hamba terhadap kamu semakin hari semakin kuat. KENAPA ?. Betulkan ini yang pernah dilalui oleh sahabat-sahabat yang pernah terbuai dalam alam ini. Kadangkala perit, kadangkala manis, kadangkala masin, kadangkala secukup rasa. Hurmm, semakin hari semakin rapat semakin dekat hamba rasakan cintamu datang, sehangat fajar di dinihari, selembut bayu laut di malam yang tenang. YA, hamba dapat rasakan gerakan cintamu dalam hati hamba yang mula meresapi sedikit demi sedikit dalam setiap detik dan tika. Senyuman hamba semakin berisi semakin bererti dengan adamu disisi selalu dan terus ada sepanjang masa. Hamba berdoa agar kau menyempurnakan kekurangan hamba, melengkapkan keistimewaan sifat hamba. Hisablah hitunglah seberat mana cinta ini itu lah ada kamu.
tertulis bukan menulis,
terkata bukan berbicara,
terasa bukan merasa,
terpaksa bukan memaksa,
hadirlah menyenjukkan yang panas,
hadirlah melengkapi yang terkurang,

andai esok ada lagi,
pasti ada hari untuk cinta,
datanglah wahai cinta datanglah,
bukan ku usir tapi ku jemput,
datang memberi sinar,
memberi bahagia,
dalam sinaran pagi selembut embun dinihari.
Kerna Kamu
Hanya kau yang bisa,
Hanya engkau yang bisa fahami,
Pelbagai bicara omong kosong ku ini,
Diatas dan ke bawah ada selalu,
bangkit dan jatuh selalu ada,
kadang terdiam kerna malu,
Mungkin aku tak bisa,
Membuat kamu terus tersenyum sentiasa,
Namun jauh mendiam di hati,
Mahu kau terus mencintai,
Diri yanh penuh kurang ini,
Akan aku terus ada,
Akan ada terus mencintainya,
Walau tubuh tidak berdaya lagi.
Hanya engkau yang bisa fahami,
Pelbagai bicara omong kosong ku ini,
Diatas dan ke bawah ada selalu,
bangkit dan jatuh selalu ada,
kadang terdiam kerna malu,
Mungkin aku tak bisa,
Membuat kamu terus tersenyum sentiasa,
Namun jauh mendiam di hati,
Mahu kau terus mencintai,
Diri yanh penuh kurang ini,
Akan aku terus ada,
Akan ada terus mencintainya,
Walau tubuh tidak berdaya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)